Friday, November 6, 2009

MELUKIS SEHARI YANG BERMANFAAT


AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,
DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU

AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,
DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU,

AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,
DIPENUHI DENGAN IMAN YANG TEGUH ,
DALAM MELALUI DUGAAN-MU

AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,
DILAKSANAKAN AMALAN MEMBACA AL-QURAN,
SEBELUM LENAKU,

AKU DAMBAKAN,
BANGUNKU ADALAH UNTUK TAHAJUD KEPADA-MU, DAN

AKU DAMBAKAN ,SETIAP DETIK HATIKU,
HANYA INGIN REDHA-MU, TAKUT PADA-MU,
HIDUP DALAM KETENANGAN, DAN
BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT,

AKU DAMBAKAN,
CINTA DARI-MU, RINDU HANYA PADA-MU DAN
DIKASIHI OLEH-MU SEPANJANG HAYATKU.


Hasil ciptaan:
Nurul Asyikin Mohamad Ladzem
26/05/2009
6.44 petang

Wednesday, August 12, 2009

CAHAYA CINTA

Sebagai hamba Allah yang hina dan sentiasa hidup dalam kealpaan , kadang2 aku lupa kepada Pencipta diri ku ini…. Aku leka dengan kenikmatan dunia… hingga aku tidak endah akan kehidupan di akhirat yang semakin menghampiriku. Aku gagal mengawal nafsu diri. Masih mencari keseronokan dunia dan hidup di belenggu nafsu syaitan yang melahirkan rasa tidak pernah puas akan nikmat kurniaan Allah. Sentiasa ingin akan kenikmatan sehingga lupa kepada PeNcipta KENIKMATAN. Aku masih lagi memikirkan keadaan diriku yang kekeringan ilmu dunia dan akhirat. Malu untuk mengaku ini alim, tapi hakikatnya jiwa ini kontang dengan ilmu.. aku tahu ada saja yang menceritakan tentang diriku tapi hakikatnya adakah mereka blh membantu menyelesaikan masalah ku. Tapi pandanganku mereka lebih menambahkan lagi masalah padaku… itu tanggapan aku pada mereka. Tapi hakikatnya aku perlu bersangka baik kepada mereka kerana segala apa yang aku fikirkan hanyalah tanggapan ku. Aku sepatutnya tidak cepat melatah dan berfikir negative kepada sahabatku.

Hari ini aku mula rasakan sesuatu dalam jiwa. Perasaan cinta yang sentiasa hidup dalam jiwa ini.Perasaan ini buat aku semakin ingin mengejar akhirat berbanding dunia. Aku akui segala kelemahan kekurangan ku dalam melaksanakan tanggungjawabku.

Aku hidup dalam CINTA KEPADA PENCIPTAKU. Sungguh asyik sekali, sungguh bahagia sekali. Rasa seperti ingin satu dunia tahu bertapa hebatnya kekuasaan Allah…. Aku amat bahagia bila mencintai Nya kerana dengan mengingatinya segala masalahku seakan hilang seakan tidak pernah wujud.

Aku sangat bahagia walau dugaan tetap datang padaku. Seakan masalah itu satu nikmat bagiku… Alhamdulillah Allah sentiasa memperkenankan doakan sama ada lambat atau cepat.

Aku cinta pada ALLAH. Walau dalam sedar atau tidak, ALLAH tetap memberi apa sahaja yang aku inginkan, apa saja yang aku pohonkan, apa saja yang aku doakan, dan aku yakin segala doaku akan dimakbulkan oleh ALLAH sekiranya aku ikhlas dalam beribadah kepadaNYA.

AKU JATUH CINTA, AKU JATUH CINTA, AKU JATUH CINTA….

Wahai sahabat yang bercouple, x sedarkah kamu menggantikan sesuatu yang tidak halal bagi kamu untuk di ingati. Tidak sedarkah kamu, yang kamu telah menggantikan Allah dengan sesuatu yang haram kamu ingati. Sesuatu yang bukan muhrim kamu. Kamu tahu yang couple itu haram dalam ISLAM. Mengapa kamu masih tidak mengingati perintah ALLAH kepada kamu…

sadis aku lihat masih ramai yang terperangkap dengan cinta yang melalaikan hati. Tidak pernahkah kamu berasa susah hati walau sedikit pun. Susah hati kerana mengingkari perintah ALLAH. Aku pelik mengapa ada sahaja yang berani melakukan kemaksiatan padahal dia tahu ALLAH memandang setiap gerak gerinnya,perlakuannya walaupun segala yang bermain di benak fikirannya serta dalam hatinya Allah jua tahu….